Action Is Needed

U Say The Same ,U Stay The Same..
U Do The Same, U Get The Same..
What U Need To Do Is Set An Appointment Now!!!

Sms Name, Time & Location to


I only entertain serious people... I dont like answering any question unless face to face... I work smart & hard & will make sure people who join me really make money!! I am a result oriented person and always breaking my personal best from time to time!! And most important thing is that I dont simply accept anybody to be my apprentice... I only select genuine positive people since only this type of people will succeed!!

Achievement

Our Business

1. Syarikat Malaysia
2. Lesen sah, diluluskan dan selamat.
3. Penerima Anugerah 'Syarikat Paling Pesat Berkembang' 2007-Anugerah Wanita MCA.
4. Penerima Anugerah 'Syarikat Paling Jujur Peringkat Asia Pasifik' 2008-Keris Award.
5. Penerima Anugerah 'Organisasi Mesra Pengguna Islam' 2008-Persatuan Pengguna Islam Malaysia.
6. Internet sebagai media pengurusan perniagaan, BUKAN tempat pelaburan.
7. Pejabat di Petaling Jaya, boleh datang bila-bila.
8. Kini meluaskan perniagaan ke 9 buah negara (Brunei, Singapore, Indonesia, Thailand, India, Pakistan, Nevada, Hong Kong, Dubai).

Friday, March 20, 2009

Hati-hati Dengan Fikiran Anda

“Fikiran adalah suatu benda”
Tahukah anda semua benda ataupun tindakan datang daripada minda anda? Bagaimana anda menggunakan minda bagi menentukan apa yg anda lalui. Apabila anda perhatikan segala benda yang dicipta ataupun dihasilkan, ia lahir daripada idea yang dikeluarkan oleh minda manusia. Oleh itu, sebelum sesuatu perkara ataupun benda terhasil, ia perlu melalui proses pemikiran dalam minda.Apabila anda ingin melahirkan benda yang nyata di dunia ini, anda perlu melihat kewujudan benda itu di dalam dunia minda anda. DUNIA MINDA ANDA MENGHASILKAN DUNIA LUAR ANDA!!
Oleh itu, apa yang berlaku ke atas diri anda bukanlah semata-mata nasib diri anda. Adakah anda perlu menyalahkan takdir atas kemiskinan, kesusahan ataupun pelbagai lagi masalah yang anda alami?
Bayangkan seorang pemuda ditangkap kerana menagih dadah pada hari ini.Minta pemuda itu fikirkan kembali lima atau 10 tahun yang lepas apakah yang pemuda itu lakukan sehingga beliau terjebak dalam pengaruh dadah. Apakah pemikiran yang ada semasa pemuda itu mula terjebak dengan dadah? Ramai penagih dadah menyatakan mereka hanya sekadar ingin mencuba, ataupun sekadar ingin tahu.Mentaliti sekadar mencuba menjebakkan pemuda itu sehingga terpaksa diberi pemulihan. Beliau merugikan masanya selama bertahun-tahun akibat mentaliti semasa beliau berusia belasan tahun.

Andaikan lagi anda menghidap penyakit diabetes. Fikirkan lima tahun lalu apa yang anda makan setiap hari. Andai anda mengambil sikap menjaga pemakanan adakah anda menghidap diabetes pada hari ini?
SETIAP PILIHAN ATAUPUN TINDAKAN YANG ANDA AMBIL HARI INI MEMBERI KESAN PADA DIRI ANDA PADA HARI ESOK.
Hari ini kita sedang melalui zaman di mana maklumat dan juga idea sahaja dijual beli dengan nilai yang besar. Tahukah anda kekayaan sebenarnya datang daripada pemikiran manusia. Hanya dengan satu idea sahaja orang dapat menjadi jutawan walaupun idea itu belum lagi direalisasikan dalam bentuk benda.Cuba lihat bagaiman Bill Gates menjadi billionaire hanya dengan idea beliau mencipta sistem pemprosesan yang digunakan oleh semua komputer peribadi.
“HATI-HATI DENGAN FIKIRAN ANDA KERANA IA MENJADI KATA-KATA, HATI-HATI DENGAN KATA-KATA KERANA IA BERUBAH MENJADI PERBUATAN, HATI-HATI DENGAN PERBUATAN KERANA IA MENJADI KEBIASAAN, HATI-HATI DENGAN KEBIASAAN KERANA IA MENJADI KARAKTER ANDA, HATI-HATI DENGAN KARAKTER KERANA IA MENENTUKAN MASA DEPAN ANDA” –Alexander K. Taslim
UNTUK KAYA, PEMIKIRAN ANDA PERLU ‘KAYA’ DULU!!!!!!!!!